Oct 19, 2010

MUKA HADAPAN

TAJUK :
MUALLAF DAN PERANANNYA DALAM DAKWAH



DISEDIAKAN UNTUK :
Ustaz Abd Aziz Bin Harjin
Pensyarah CTU551



DISEDIAKAN OLEH :
Siti Nurshamira bt.Mohd.Rawi
2009998327
Kumpulan : BMB2AC



PROGRAM :
Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian)
Pengurusan Sumber Manusia
(BM223)



TARIKH HANTAR :
18 Oktober 2010

ISI KANDUNGAN

TAJUK : MUALLAF


1. Isi kandungan
2. Abstrak
3. Pendahuluan
4. Konsep
5. Biodat muallaf
6. Huraian dan pengalaman tentang muallaf
7. Henutup
8. RujukaN

ABSTRAK

Saudara baru atau mualaf merupakan istilah yang biasa kita dengar dan sering disebut dalam kalangan masyarakat. Walaupun terdapat pelbagai definasi yang berbeza dan berlainan pemahaman daripada pelbagai sumber, maksud mualaf daripada sudut bahasa mempunyai persamaan makna iaitu saudara baru atau saudara kita.

Istimewanya mualaf ialah kerana mereka termasuk dalam asnaf yang layak menerima zakat dan sebaik mengucap dua kalimah syahadah, keadaan mereka seolah-olah bayi baru lahir yang suci dan bersih daripada dosa.

PENDAHULUAN

Syukur ke hadirat Allah kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat saya menyelesaikan kerja kursus yang telah diberikan kepada saya dan dengan izin-Nya juga telah dapat saya menyiapkan blog ini untuk dikongsi bersama dengan umat islam yang lain.

Tujuan esei ini ditulis adalah untuk berkongsi pengalaman seorang saudara baru untuk dijadikan pedoman dan iktibar kepada umat Islam yang lain. Selain itu, tujuan esei ini juga adalah untuk menyedarkan umat Islam yang lain bahawa tiada yang mustahil jika itu adalah kehendak-Nya.

Skop esei ini adalah merangkumi tentang mualaf dan tentang pengalaman saudara Islam yang baru. Setiap manusia, apabila telah mengucapkan dua kalimat Syahadat, maka dia menjadi orang Islam. Baginya wajib dan berlaku hukum-hukum Islam, yaitu beriman akan keadilan dan kesucian Islam. Wajib baginya menyerah dan mengamalkan hokum Islam yang jelas, yang ditetapkan oleh Al-Qur’an dan As-Sunnah. Misalnya, kewajiban salat, puasa, zakat dan sebagainya. Hal itu termasuk rukun-rukun Islam. Ada yang diharamkan, misalnya, membunuh, zina, melakukan riba, minum khamar dan sebagainya. Hal itu termasuk dalam dosa besar. Begitu juga hukum-hukum pernikahan, talak, waris dan qishash, semua itu termasuk perkara yang tidak diragukan lagi hukumnya. Barangsiapa yang mengingkari sesuatu dari hukum-hukum tersebut, menganggap ringan atau mengolok-olok, maka dia menjadi kafir dan murtad. Sebab, hukum-hukum tersebut telah diterangkan dengan jelas oleh Al-Qur’an dan dikuatkan dengan hadis-hadis Nabi saw. yang shahih atau mutawatir, dan menjadi ijma’ oleh ummat Muhammad saw. Dari generasi ke generasi. Maka, barangsiapa yang mendustakan hal ini, berarti mendustakan Al Qur’an dan As-Sunnah. Mendustakan (mengingkari) hal-hal tersebut dianggap kufur, kecuali bagi orang-orang yang baru masuk Islam (muallaf) dan jauh dari sumber informasi. Misalnya berdiam di hutan atau jauh dari kota dan masyarakat kaum Muslimin. Setelah mengetahui ajaran agama Islam, maka berlaku hukum baginya.

Harapan saya apabila menulis esei ini adalah supaya esei ini dapat memberi sedikit maklumat tentang mualaf dan semoga umat Islam yang lain menjadikan esei ini sebagai satu rujukan yang berguna.

KONSEP

Terdapat pelbagai takrifan dan pengertian yang diterjemahkan dalam kamus-kamus, oleh para ulama’ dan sebagainya. Berdasarkan pencarian di Internet, terdapat pelbagai makna dan definasi yang diberikan oleh pelbagai jenis sumber antaranya menurut Kamus Dewan ( 2002: 900 ), perkataan mualaf bermaksud orang-orang yang baru memeluk Islam atau saudara baru.

Merujuk Kamus Istilah Fiqh ( 1997: 221 ), mualaf ialah mereka yang dipujuk hatinya atau yang baru memeluk Islam dan iman mereka masih lemah. Mereka tergolong dalam lapan asnaf yang berhak menerima zakat.

Dalam Mazhab Syafie, terdapat empat golongan mualaf, iaitu; Orang yang baru memeluk Islam dan imannya masih lemah. Keduanya, orang Islam berpengaruh yang diharapkan dapat menarik kaumnya memeluk Islam. Ketiganya, orang Islam yang berpengaruh terhadap orang kafir. Dengan pengaruh tersebut, kaum Muslimin dapat terhindar dari kejahatan orang kafir. Dan yang keempatnya, orang yang menolak kejahatan orang anti zakat ( M. Abdul Mujieb, Mabruri Tholhah & Syaficah Am 1997: 221).

Kamus al-Mawrid ( 1988: 940 ), و المؤلفة قلوبهم bermaksud mereka yang mana hatinya telah didamaikan. Dalam perbandingan ini, Ensiklopedia Islam ( 2005: 48-49 ) memberi penjelasan bahawa mualaf ialah orang yang diambil perhatiannya agar masuk Islam atau memperkuatkan keislamannya disebut mualaf. Kata mualaf hanya disebut satu kali dalam al-Quran surah al-Taubah ayat 60. Iaitu mualafatu qulubuhum ( orang yang dijinakkan hatinya ). Secara popularnya dalam masyarakat umum, istilah mualaf biasanya difahami sebagai ' orang yang baru masuk Islam atau orang yang memiliki pengetahuan minima tentang Islam '. Dalam membahaskan mualaf ulamak fiqh selalu mengaitkannya dengan pembahasan mengenai zakat. Bahkan dapat dikatakan bahawa pembahasan mualaf dalam feqah merupakan sub bahasan dalam bab zakat.

Dalam sebuah hadits yang agak panjang dalam kitab Shahih Muslim, diceritakan bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam membagikan seratus ekor unta kepada tentara dari kaum Quraisy. Para shahabat Anshar tidak menyukai hal ini, karena belum lama mereka berperang dengan kaum Quraisy, dan darah merekapun masih segar di pedang kaum Anshar.
‘Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :”Sebenarnya saya memberikan kepada orang-orang yang baru masuk Islam untuk menjinakkan hatinya. Apakah kamu tak rela orang Quraisy kembali membawa harta, sementara kalian pulang membawa Rasulullah? Demi Allah, sesungguhnya yang kamu bawa pulang adalah jauh lebih baik dibanding harta yang dibawa oleh orang Quraisy itu”. Maka para sahabat Anshar menjawab : “Benar Tuan”………………………..’ (HR.Muslim)

Firman Allah SWT:
“Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para mu’allaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan untuk mereka yuang sedang dalam perjalanan, sebagai suatu ketetapan yang diwajibkan Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”

Secara lebih jelas, berikut diberikan penerangan tentang asnaf-asnaf zakat di atas. Yang pertama adalah golongan fakir iaitu golongan mikin tegar yang hanya mampu memenuhi kurang daripada 1/2 keperluan diri dan keluarga. Maknanya, jika si A memerlukan RM10 sehari, dia hanya mampu memperolehi RM3 atau RM4 sahaja. Yang kedua adalah folongan miskin dimana golongan ini pula hanya mampu memenuhi lebih separuh daripada keperluan tetapi masih belum memenuhi keperluan sebenar. Jika si A memerlukan RM10 sehari, dia hanya mampu mendapat RM6 atau RM7 sahaja. Yang ketiga pula adalah golonagn amil iiaitu orang yang diamanahkan untuk mengutip dan mengagihkan kembali wang zakat, ataupun dinamakan pengurus zakat. Yang keempat adalah golongan mualaf iaitu mereka yang baharu memeluk Islam ataupun hatinya sudah terpaut dengan Islam. Di Selangor, seseorang itu diiktirah muallaf selama lima tahun. Yang kelima adalah riqab iaitu hamba yang diberikan peluang oleh tuannya untuk menebus dirinya. Kini, ia dialihkan kepada interpretasi yang lebih luas, kerana hamba dalam erti kata sebenar sudah tiada. Maka, mereka yang terjebak dalam lembah pelacuran dan seumpamanya wajar dibantu menerusi asnaf ini. Yang keenam adalah Gharimin iaitu mereka yang berhutang atas sebab-sebab yang makruf dan syarie. Yang ketujuh adalah golonagan fi sabilillah yang bermaksud orang-orang yang bekerja untuk mengembangkan agama Islam dan tidak terbatas hanya kepada peperangan sahaja.

Maka, mereka yang belajar dalam bidang perubatan dan sains nuklear juga wajar dibantu menerusi asnaf ini. Yang terakhir adalah Ibn Sabil iaitu mereka yang mahu membuat sesuatu perjalanan ataupun dalam perjalanan namun keputusan belanja.
Walaupun terdapat pelbagai definasi yang berbeza dan berlainan pemahaman daripada pelbagai sumber, maksud mualaf daripada sudut bahasa mempunyai persamaan makna iaitu saudara baru atau saudara kita.

HURAIAN

Hadith : Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a :” Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:” Apabila seseorang memeluk agama Islam dengan ikhlas, Allah akan mengampunkan semua dosa-dosanya di masa lalu. Kemudian setelah itu mulai diadakan perhitungan, pahala untuk setiap perbuatan baik yang dilakukannya dilipat gandakan sepuluh sampai tujuh ratus kali ganda sedangkan setiap dosa yang dilakukannya akan dicatat sebanyak dosa yang dilakukannya kecuali apabila Allah mengampunkannya.” (al-Bukahri)

Mualaf ialah orang yang baru berjinak-jinak Islam. Dari segi bahasa mualaf bererti lemah. Istilah ini lalu disandarkan kepada mereka yang baru saja memeluk Islam dan masih lemah pemahamannya tentang Islam. Kebanyakan daripada kita tidak memahami keperluan mualaf. Mualaf sebenarnya mengharapkan teman dan sahabat yang dapat memberi sokongan moral dan perlindungan dari kecaman keluarga mahupun saudara, kerana perpindahan agama bukanlah perkara yang mudah sebaliknya memerlukan banyak pengorbanan. Justeru perlu ada pihak yang menyelia dan membimbing golongan yang baru memeluk Islam ini agar mereka tidak kembali murtad. Contohnya menziarahi mereka supaya tidak terabai dan memantau perkembangan mereka.

Kebanyakan kes yang berlaku hari ini, orang memeluk Islam sekadar untuk mencukupkan syarat membolehkannya berkahwin dengan pasangan yang beragama Islam. Bukan dengan niat yang benar-benar ikhlas mahu mentauhidkan Allah SWT. Bagi mualaf yang ikhlas ingin memeluk Islam pula, mereka akan melaksanakan ajaran Islam secara bertahap. Bahkan tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa ada antara golongan mualaf ini yang jauh lebih taat daripada mereka yang sejak lahir memeluk Islam. Golongan inilah yang disebutkan di dalam hadis di atas.

BIODATA

NAMA SEBELUM ISLAM : LAI CHOON WAH
NAMA SELEPAS ISLAM : ABU BAKAR BIN ABDULLAH
UMUR : 29 TAHUN
ASAL : SUNGAI PETANI, KEDAH
KERJAYA : PEMBANTU JURUTERA
STATUS : BUJANG

HASIL TEMUBUAL BERSAMA SEORANG MUALLAF

PENGALAMAN SEORANG MUALAF :

Pada bulan ramadhan yang lepas, saya telah sempat menemuramah seorang mualaf yang telah saya kenal melalui seorang kawan. Saye telah menemuramah beliau menerusi laman sembang di internet kerana beliau bekerja di Johor.

Sebelum memeluk agama Islam, beliau merupakan seorang jurutera jualan. Komited dengan tugasan beliau sebagai seorang jurutera, beliau sering berjumpa dengan ramai pelanggan dari pelbagai bangsa dan agama. Untuk mendapatkan tender dari pelanggan, beliau akan mengumpan pelanggan2 beliau dengan member perempuan dan juga rasuah supaya pelanggan tersebut akan member tender kepada beliau. Sebelum memeluk Islam, beliau juga merupakan seorang kaki perempuan dan sering bertukar-tukar pasangan.

Pada dua tahun yang lepas, beliau telah bertemu dengan seorang pelanggan bernama Masdi dan seperti pelanggan-pelanggan yang lain, beliau telah menyogokkan pelanggan beliau dengan wang dan perempuan. Tetapi, tidak seperti pelanggan yang lain, Masdi telah menolak tawaran beliau dan ini menimbulkan rasa hairan di hati beliau. Apabila diajukan pertanyaan kepada Masdi, Masdi menjawab bahawa dia bekerja kerana Allah dan tidak mahu mendapatkan rezeki dengan menggunakan cara yang haram. Masdi juga berkata bahawa Allah melihat setiap pergerakan umatnya dan sesiapapun tidak akan terlepas dari penglihatannya. Terkejut dengan jawapan yang diberikan, beliau kagum dengan pegangan agama yang Masdi tunjukkan.

Bermula dari saat itu, beliau semakin rapat dengan Masdi dan sering bertanya tentang agama Islam kepada Masdi kerana beliau dapat merasakan bahawa agama Islam adalah agama yang sangat indah. Sebagai seorang kawan, Masdi sentiasa memberi tunjuk ajar kepada beliau tentang ajaran2 Islam dan Masdi jugalah yang bertanggungjawab memperkenalkan beliau dengan seorang ustaz untuk mengIslamkan beliau.
Sejak memeluk Islam, beliau tidak lagi memberi rasuah dan perempuan kepada pelanggannya kerana beliau tahu itu adalah salah di sisi agama. Kesan daripada itu, jualannya semakin berkurang dan prestasinya telah jatuh sehingga dia telah diberhentikan kerja. Tetapi beliau tabah menjalani ujian yang diberikan kepadanya dan percaya bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya. Berkat daripada Allah dan dengan pertolongan daripada Masdi, beliau telah berjaya mendapat kerja sebagai pembantu jurutera di tempat Masdi bekerja.

Sehingga sekarang, beliau masih merahsiakan tentang pengislaman beliau dari pengetahuan keluarganya kerana belum bersedia untuk berterus terang dengan keluarganya. Apabila pulang ke rumah orang tuanya, beliau masih berkelakuan seperti biasa dan hubungan beliau dengan keluarganya masih rapat seperti dahulu.

Setelah memeluk Islam, beliau masih menghadiri kelas agama yang dianjurkan di PERKIM. Antara sumbangan beliau setelah memeluk Islam adalah beliau telah berjaya menarik teman wanitanya untuk memeluk agama Islam.

PENUTUP

Pelbagai isu seperti persoalan faktor memeluk Islam, pertikaian niat suci saudara kita memilih Islam sebagai anutan menjadikan saudara kita yang masih di peringkat awal mengucapkan kalimah syahadah begitu keliru dan kecewa dengan situasi sedemikian. Tambahan pula, setelah memeluk Islam saudara kita yang seharusnya diberikan perhatian dan bimbingan agama Islam demi untuk mengukuhkan pegangan akidahnya sering diabaikan oleh segelintir masyarakat Muslim.
Layanan yang tidak berhikmah oleh masyarakat benar-benar mengusik hati kecil saudara kita dan ada sebahagian mereka memilih untuk kembali kepada agama asal. Namun yang demikian, saudara kita juga berperanan dalam kehidupan sosial masyarakat. Akhir-akhir ini, saudara kita sama ada berbangsa Cina Muslim, India Muslim, Orang Asli Muslim, Kadazan Muslim, Iban Muslim dan Siam Muslim mempunyai kesedaran akan kepentingan mereka dalam dakwah Islamiah. Kepentingan saudara kita dalam berdakwah berdasarkan kebolehan berbahasa, pemahaman dalam adat dan budaya bangsa, berpengetahuan dalam pendekatan yang sesuai untuk berdakwah kepada kaum mereka sendiri dan juga mengetahui pantang larang dalam kehidupan. Oleh itu, saudara kita dan juga pendakwah-pendakwah perlu berganding bahu dalam memastikan usaha dakwah Islamiah dapat dilaksanakan dengan sistematik dan tercapai matlamat dakwah itu sendiri.

RUJUKAN

• .insanislam.com/dijawab-ustadz/41-lain-lain/117-hukum-muallaf.html
• ariefhikmah.com/dr-yusuf-al-qardhawi/hal-hal-yang-membatalkan-keislaman-seseorang/
• ariefhikmah.com/dr-yusuf-al-qardhawi/syarat-utama-bagi-orang-yang-masuk-islam/
• www.hamizul.com/?page_id=1003
• www.anwaribrahimclub.com/forum/index.php?topic=526.30;wap2
• buku-buku ilmiah berkaitan islam dan mualaf