Oct 19, 2010

PENUTUP

Pelbagai isu seperti persoalan faktor memeluk Islam, pertikaian niat suci saudara kita memilih Islam sebagai anutan menjadikan saudara kita yang masih di peringkat awal mengucapkan kalimah syahadah begitu keliru dan kecewa dengan situasi sedemikian. Tambahan pula, setelah memeluk Islam saudara kita yang seharusnya diberikan perhatian dan bimbingan agama Islam demi untuk mengukuhkan pegangan akidahnya sering diabaikan oleh segelintir masyarakat Muslim.
Layanan yang tidak berhikmah oleh masyarakat benar-benar mengusik hati kecil saudara kita dan ada sebahagian mereka memilih untuk kembali kepada agama asal. Namun yang demikian, saudara kita juga berperanan dalam kehidupan sosial masyarakat. Akhir-akhir ini, saudara kita sama ada berbangsa Cina Muslim, India Muslim, Orang Asli Muslim, Kadazan Muslim, Iban Muslim dan Siam Muslim mempunyai kesedaran akan kepentingan mereka dalam dakwah Islamiah. Kepentingan saudara kita dalam berdakwah berdasarkan kebolehan berbahasa, pemahaman dalam adat dan budaya bangsa, berpengetahuan dalam pendekatan yang sesuai untuk berdakwah kepada kaum mereka sendiri dan juga mengetahui pantang larang dalam kehidupan. Oleh itu, saudara kita dan juga pendakwah-pendakwah perlu berganding bahu dalam memastikan usaha dakwah Islamiah dapat dilaksanakan dengan sistematik dan tercapai matlamat dakwah itu sendiri.

No comments:

Post a Comment