Oct 19, 2010

HASIL TEMUBUAL BERSAMA SEORANG MUALLAF

PENGALAMAN SEORANG MUALAF :

Pada bulan ramadhan yang lepas, saya telah sempat menemuramah seorang mualaf yang telah saya kenal melalui seorang kawan. Saye telah menemuramah beliau menerusi laman sembang di internet kerana beliau bekerja di Johor.

Sebelum memeluk agama Islam, beliau merupakan seorang jurutera jualan. Komited dengan tugasan beliau sebagai seorang jurutera, beliau sering berjumpa dengan ramai pelanggan dari pelbagai bangsa dan agama. Untuk mendapatkan tender dari pelanggan, beliau akan mengumpan pelanggan2 beliau dengan member perempuan dan juga rasuah supaya pelanggan tersebut akan member tender kepada beliau. Sebelum memeluk Islam, beliau juga merupakan seorang kaki perempuan dan sering bertukar-tukar pasangan.

Pada dua tahun yang lepas, beliau telah bertemu dengan seorang pelanggan bernama Masdi dan seperti pelanggan-pelanggan yang lain, beliau telah menyogokkan pelanggan beliau dengan wang dan perempuan. Tetapi, tidak seperti pelanggan yang lain, Masdi telah menolak tawaran beliau dan ini menimbulkan rasa hairan di hati beliau. Apabila diajukan pertanyaan kepada Masdi, Masdi menjawab bahawa dia bekerja kerana Allah dan tidak mahu mendapatkan rezeki dengan menggunakan cara yang haram. Masdi juga berkata bahawa Allah melihat setiap pergerakan umatnya dan sesiapapun tidak akan terlepas dari penglihatannya. Terkejut dengan jawapan yang diberikan, beliau kagum dengan pegangan agama yang Masdi tunjukkan.

Bermula dari saat itu, beliau semakin rapat dengan Masdi dan sering bertanya tentang agama Islam kepada Masdi kerana beliau dapat merasakan bahawa agama Islam adalah agama yang sangat indah. Sebagai seorang kawan, Masdi sentiasa memberi tunjuk ajar kepada beliau tentang ajaran2 Islam dan Masdi jugalah yang bertanggungjawab memperkenalkan beliau dengan seorang ustaz untuk mengIslamkan beliau.
Sejak memeluk Islam, beliau tidak lagi memberi rasuah dan perempuan kepada pelanggannya kerana beliau tahu itu adalah salah di sisi agama. Kesan daripada itu, jualannya semakin berkurang dan prestasinya telah jatuh sehingga dia telah diberhentikan kerja. Tetapi beliau tabah menjalani ujian yang diberikan kepadanya dan percaya bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya. Berkat daripada Allah dan dengan pertolongan daripada Masdi, beliau telah berjaya mendapat kerja sebagai pembantu jurutera di tempat Masdi bekerja.

Sehingga sekarang, beliau masih merahsiakan tentang pengislaman beliau dari pengetahuan keluarganya kerana belum bersedia untuk berterus terang dengan keluarganya. Apabila pulang ke rumah orang tuanya, beliau masih berkelakuan seperti biasa dan hubungan beliau dengan keluarganya masih rapat seperti dahulu.

Setelah memeluk Islam, beliau masih menghadiri kelas agama yang dianjurkan di PERKIM. Antara sumbangan beliau setelah memeluk Islam adalah beliau telah berjaya menarik teman wanitanya untuk memeluk agama Islam.

No comments:

Post a Comment