Oct 19, 2010

KONSEP

Terdapat pelbagai takrifan dan pengertian yang diterjemahkan dalam kamus-kamus, oleh para ulama’ dan sebagainya. Berdasarkan pencarian di Internet, terdapat pelbagai makna dan definasi yang diberikan oleh pelbagai jenis sumber antaranya menurut Kamus Dewan ( 2002: 900 ), perkataan mualaf bermaksud orang-orang yang baru memeluk Islam atau saudara baru.

Merujuk Kamus Istilah Fiqh ( 1997: 221 ), mualaf ialah mereka yang dipujuk hatinya atau yang baru memeluk Islam dan iman mereka masih lemah. Mereka tergolong dalam lapan asnaf yang berhak menerima zakat.

Dalam Mazhab Syafie, terdapat empat golongan mualaf, iaitu; Orang yang baru memeluk Islam dan imannya masih lemah. Keduanya, orang Islam berpengaruh yang diharapkan dapat menarik kaumnya memeluk Islam. Ketiganya, orang Islam yang berpengaruh terhadap orang kafir. Dengan pengaruh tersebut, kaum Muslimin dapat terhindar dari kejahatan orang kafir. Dan yang keempatnya, orang yang menolak kejahatan orang anti zakat ( M. Abdul Mujieb, Mabruri Tholhah & Syaficah Am 1997: 221).

Kamus al-Mawrid ( 1988: 940 ), و المؤلفة قلوبهم bermaksud mereka yang mana hatinya telah didamaikan. Dalam perbandingan ini, Ensiklopedia Islam ( 2005: 48-49 ) memberi penjelasan bahawa mualaf ialah orang yang diambil perhatiannya agar masuk Islam atau memperkuatkan keislamannya disebut mualaf. Kata mualaf hanya disebut satu kali dalam al-Quran surah al-Taubah ayat 60. Iaitu mualafatu qulubuhum ( orang yang dijinakkan hatinya ). Secara popularnya dalam masyarakat umum, istilah mualaf biasanya difahami sebagai ' orang yang baru masuk Islam atau orang yang memiliki pengetahuan minima tentang Islam '. Dalam membahaskan mualaf ulamak fiqh selalu mengaitkannya dengan pembahasan mengenai zakat. Bahkan dapat dikatakan bahawa pembahasan mualaf dalam feqah merupakan sub bahasan dalam bab zakat.

Dalam sebuah hadits yang agak panjang dalam kitab Shahih Muslim, diceritakan bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam membagikan seratus ekor unta kepada tentara dari kaum Quraisy. Para shahabat Anshar tidak menyukai hal ini, karena belum lama mereka berperang dengan kaum Quraisy, dan darah merekapun masih segar di pedang kaum Anshar.
‘Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :”Sebenarnya saya memberikan kepada orang-orang yang baru masuk Islam untuk menjinakkan hatinya. Apakah kamu tak rela orang Quraisy kembali membawa harta, sementara kalian pulang membawa Rasulullah? Demi Allah, sesungguhnya yang kamu bawa pulang adalah jauh lebih baik dibanding harta yang dibawa oleh orang Quraisy itu”. Maka para sahabat Anshar menjawab : “Benar Tuan”………………………..’ (HR.Muslim)

Firman Allah SWT:
“Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para mu’allaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan untuk mereka yuang sedang dalam perjalanan, sebagai suatu ketetapan yang diwajibkan Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”

Secara lebih jelas, berikut diberikan penerangan tentang asnaf-asnaf zakat di atas. Yang pertama adalah golongan fakir iaitu golongan mikin tegar yang hanya mampu memenuhi kurang daripada 1/2 keperluan diri dan keluarga. Maknanya, jika si A memerlukan RM10 sehari, dia hanya mampu memperolehi RM3 atau RM4 sahaja. Yang kedua adalah folongan miskin dimana golongan ini pula hanya mampu memenuhi lebih separuh daripada keperluan tetapi masih belum memenuhi keperluan sebenar. Jika si A memerlukan RM10 sehari, dia hanya mampu mendapat RM6 atau RM7 sahaja. Yang ketiga pula adalah golonagn amil iiaitu orang yang diamanahkan untuk mengutip dan mengagihkan kembali wang zakat, ataupun dinamakan pengurus zakat. Yang keempat adalah golongan mualaf iaitu mereka yang baharu memeluk Islam ataupun hatinya sudah terpaut dengan Islam. Di Selangor, seseorang itu diiktirah muallaf selama lima tahun. Yang kelima adalah riqab iaitu hamba yang diberikan peluang oleh tuannya untuk menebus dirinya. Kini, ia dialihkan kepada interpretasi yang lebih luas, kerana hamba dalam erti kata sebenar sudah tiada. Maka, mereka yang terjebak dalam lembah pelacuran dan seumpamanya wajar dibantu menerusi asnaf ini. Yang keenam adalah Gharimin iaitu mereka yang berhutang atas sebab-sebab yang makruf dan syarie. Yang ketujuh adalah golonagan fi sabilillah yang bermaksud orang-orang yang bekerja untuk mengembangkan agama Islam dan tidak terbatas hanya kepada peperangan sahaja.

Maka, mereka yang belajar dalam bidang perubatan dan sains nuklear juga wajar dibantu menerusi asnaf ini. Yang terakhir adalah Ibn Sabil iaitu mereka yang mahu membuat sesuatu perjalanan ataupun dalam perjalanan namun keputusan belanja.
Walaupun terdapat pelbagai definasi yang berbeza dan berlainan pemahaman daripada pelbagai sumber, maksud mualaf daripada sudut bahasa mempunyai persamaan makna iaitu saudara baru atau saudara kita.

No comments:

Post a Comment